Skip to main content

TOPIK 1: SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

PENGERTIAN SOSIOLOGI




  • Sosiologi adalah salah satu dari ilmu sosial yang berkaitan dengan kehidupan masyarakat atau ilmu yang mempelajari tentang manusia atau masyarakat. 
  •  Sosiologi juga disebut dengan ilmu masyarakat. Tujuan ilmu sosiologi adalah untuk mempelajari masyarakat, perilaku dari masyarakat, dan perilaku sosial yang ada serta mengamati perilaku kelompok.
  • Istilah ini berasal daripada perkataan latin "sosio" bermaksud "berkongsi".
  • Istilah ini juga merupakan gabungan perkataan Yunani dan Rom yang bermaksud "pengetahuan mengenai masyarakat"
  • Tisher, Whitten dan Hunter (1983) menjelaskan sosiologi ialah: "Sosiology is the scientific study of human society and social interactions.The main focus of sociology is the group,not the individual".


Definisi sosiologi

  • Kajian yang sistematik dan saintifik mengenai manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai sudut (Amir Hasan, 2002)



Tujuan utama
  • Sosiologi ialah untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusia,mengenal pasti tekanan-tekanan utama yang melemahkan mereka dan mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan sosial mereka.


Tokoh-tokoh sosiologi
Ibnu Khaldun (1332-1406)
  • Menurutnya,sosiologi merupakan bidang sains yang berdiri sendiri dan memiliki objeknya iaitu peradaban sosial dan peradaban manusia
  • Mengkaji perkaitan antara institusi sosial seperti politik dan ekonomi serta meneliti hubungan antara institusi sosial berkenaan.
  • Penyelidikan masyarakat secara saintifik dan empirikal dalam mencari punca-punca fenomena sosial.


Auguste Conte (1798-1857)

  • Sosiologi adalah ilmu sains paling signifikasikan dan kompleks berbanding dengan sains lain
  • Memperkenalkan hierarki sains dengan bidang sosiologi berada pada kedudukan teratas
  • Penyelidikan masyarakat perlu dilakukan secara saintifik dan sistematik.

Karl Marx (1818-1883)

  • Merupakan ahli falsafah ,ekonomi , dan revolusi yang berasal dari jerman
  • Perubahan sosial bukanlah dipengaruhi oleh nilai atau idea,tetapi dipengaruhi oleh ekonomi
Emile Durkheim (1858-1917)

  • Sosiologi hanya boleh dianggap sebagai sains sekiranya pengkaji menfokuskan kajian kepada fakta sosial yang perlu dikaji seperti mana mengkaji benda.
  • Dalam masyarakat moden pembahagian tugas akan mengambil alih tugas agama sebagai asas ikatan sosial.
Max Weber (1864-1920)

  • Strafikasi bukan disebabkan oleh ekonomi sahaja tetapi adalah multidimensi:ekonomi,status dan kuasa.
  • Menganggap agama sebagai agen perubahan.
  • Idea dan nilai memberi kesan kepada perubahan sosial.
  • Kajian sosial: manusia perlu ambil kira tentang perilaku

George Herbert Mead (1863-1931)

  • Beliau menyatakan bahawa manusia berinteraksi satu dengan yang lain secara langsung melalui simbol-simbol.
  • Simbol boleh terdiri daripada perkataan, objek, perlakuan, bahasa
  • Menurutnya interaksi antara individu adalah sangat penting


PERSPEKTIF SOSIOLOGI

Tumpuan perspektif sosiologi adalah pada tingkah laku masyarakat,memahami corak interaksi dan proses kelompok



  • MIKRO: Bersifat kecil dan individu
  • MAKRO: Bersifat besar ,kompleks, dan berfokuskan masyarakat/organisasi


TEORI UTAMA SOSIOLOGI


TEORI FUNGSIONALISME


  • Dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857)
  • Masyarakat dianggap seperti tubuh badan yang mempunyai fungsi tersendiri
  • Struktur sosial akan menentukan kelancaran dan keharmonian masyarakat
  • Penekanan: fungsi-fungsi pendidikan adalah untuk kepentingan masyarakat
  • Menekankan pengaruh luaran ke atas pendidikan
  • Perkembangan individu tidak diutamakan
FUNGSIONALSIME/KONSENSUS

  • Masyarakat dianalogikan sebagai satu tubuh badan manusia,yang mempunyai beberapa bahagian dengan fungsi-fungsi tersendiri
  • Fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada kestabilan dan penerusan/survival masyarakat
  • Menekankan kepentingan pengekalan status quo dalam sistem masyarakat

TEORI KONFLIK

  • Dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883) dan diikuti oleh Max Webber(1864-1920)
  • Teori ini melihat masyarakat daripada perspektif konflik dan perubahan
  • Konflik boleh berlaku antara kelas sosial berbeza,kelas sosial sama,dalam keluarga atau kumpulan yang mahukan perubahan.
  • Konflik dalam masyarakat menyumbang kepada perubahan sosial
  • Faktor-faktor ekonomi seperti tanah,modal,industri, dan perdagangan merupakan asas kepada pembentukan masyarakat
  • Konflik antara kelas sosial bukan disebabkan oleh faktor ekonomi semata-mata tetapi mungkin disebabkan agar dipandang tinggi oleh masyarakat atau proses Legitimisasi

KONFLIK

Masyarakat memerlukan konflik bagi membolehkan berlakunya perubahan

  1. MARX : Faktor ekonomi sebagai punca konflik yang berlakunya dalam masyarakat
  2. WEBER : Idea-idea keagamaan sebagai punca konflik yang berlaku dalam masyarakat




TEORI INTERAKSIONISME SIMBOLIK


  • Dipelopori oleh George Herbert Mead (1863-1931)
  • Interaksi simbolik melihat bagaimana individu membentuk dan dibentuk oleh interaksinya dengan orang lain
  • Makna simbolik diperolehi dari bentuk simbol seperti perkataan,perlakuan,objek,bahasa berguna semasa interaksi menyebabkan hubungan bertambah mesra
  • Teori ini melihat pendidikan dari sudut individu(mikro)
  • Melihat interaksi murid,guru,dan pihak pentadbiran di sekolah
  • Misalnya bagaimanakah aksi murid apabila berhadapan dengan guru,bentuk hubungan antara guru dan murid yang dikehendaki,dan jenis-jneis salah laku yang kerap dilakukan.
  • Teori ini menjelaskan apa yang berlaku di sekolah tanpa mengaitkan dengan apa yang berlaku dalam masyarakat


7 PRINSIP ASAS INTERAKSIONISME


  1. Manusia tidak sama dengan binatang kerana manusia mempunyai keupayaan berfikir
  2. Keupayaan berfikir manusia dibentuk oleh interaksi sosial
  3. Dalam interaksi sosial,manusia mempelajari simbol dan makna yang membolehkan mereka mengamalkan keupayaan berfikir yang ada pada mereka
  4. Simbol dan makna membolehkan manusia beraksi dan berinteraksi
  5. Manusia berupaya mengubahsuai simbol dan makna berdasarkan intepretasi mereka terhadap sesuatu situasi
  6. Manusia berupaya menjangkakan kesan tindakan,membuat penilaian baik-buruk,dan menentukan tindakan yang sesuai
  7. Jalinan aksi dan interaksi akan membentuk kumpulan dan masyarakat









































































Comments

Popular posts from this blog

TOPIK 7 : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN NASIHAT

TAMBAH GURU KAUNSELING DI SEKOLAH PERANAN GURU  KAUNSELING DI SEKOLAH  Bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan. Ia juga merupakan proses yang dirancang dan berterusan. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua penuntut. Setiap penuntut mempunyai peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakangnya dan tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayani keperluan-keperluan penuntut bagi perkembangan potensi-potensi dan kebolehannya. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong penuntut memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih dan merancang hidupnya dengan berkesan. Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahan-kelemahannya dan memberi fokus kepada kekuatan-kekuatannya. Bimbingan dan kaunseling adalah pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal penuntut. Ini bermakna kesepaduan di antara perasaan, sikap, akal dan rohani. MENA

TOPIK 11 : PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

ASID NITRIK TUMPAH DI MAKMAL SEKOLAH  Tabung uji yang mengandungi bahan kimia asid nitrik di makmal Sekolah Menengah Islam IQKL, Pinggir Taman Tun Dr Ismail, di sini, mengalami keretakan dan berlaku tumpahan, tengah hari tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, kejadian berlaku ketika pelajar menjalankan aktiviti di makmal terbabit.Tabung uji yang mengandungi 2.5 liter asid nitrik mengalami keretakan dan sedikit bahan itu tertumpah.Pasukan Hazmat ke lokasi untuk meneutralkan kawasan makmal bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. Faktor yang mempengaruhi strategi mengurus bilik pembelajaran 1. FAKTOR BILIK DARJAH Fizikal bilik darjah ini menitikberatkan penyusunan bilik darjah. Penyusunan bilik darjah amat penting dalam situasi pembelajaran pelajar, keadaan in dapat menggalakkan atau menghalang sesuatu pembelajaran. Pengurusan bilik darjah memerlukan rutin bilik darjah. Tujuan rutin bilik darjah adalah untuk menimbulka

TOPIK 8 : PENGURUSAN DAN PENCEGAHAN DADAH

PENGENALAN  Penglibatan pelajar dalam kes penyalahgunaan dadah merupakan satu perkara yang perlu dipandang serius. Ketua Unit Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Yan, Mohamad Farid Mohd Noor berkata, pada 2018 sebanyak tiga hingga empat peratus pelajar sekitar daerah ini terlibat dengan gejala dadah. Katanya, pihaknya telah menjalankan program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dalam kalangan pelajar.             DADAH               Dadah bukanlah perkara baru dalam kehidupan seharian manusia kerana penggunaannya telah dikesan sejak berabad-abad yang lalu meskipun tarikh sebenar tidak dapat diketahui.  Mengikut sumber sejarah, dadah dikaitkan dengan alam fantasi oleh masyarakat zaman dahulu kala yang menganggapnya sebagai pembalut penderitaan dan sumber keseronokan. yang menganggapnya sebagai pembalut penderitaan dan sumber keseronokan. Penagihan candu di kalangan buruh Cina menyebabkan kemasukan bahan berbahaya itu menjadi tidak terkawal di Tanah Melayu