Skip to main content

TOPIK 11 : PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

ASID NITRIK TUMPAH DI MAKMAL SEKOLAH





  •  Tabung uji yang mengandungi bahan kimia asid nitrik di makmal Sekolah Menengah Islam IQKL, Pinggir Taman Tun Dr Ismail, di sini, mengalami keretakan dan berlaku tumpahan, tengah hari tadi.Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, kejadian berlaku ketika pelajar menjalankan aktiviti di makmal terbabit.Tabung uji yang mengandungi 2.5 liter asid nitrik mengalami keretakan dan sedikit bahan itu tertumpah.Pasukan Hazmat ke lokasi untuk meneutralkan kawasan makmal bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

Faktor yang mempengaruhi strategi mengurus bilik pembelajaran

1. FAKTOR BILIK DARJAH

Related image


Fizikal bilik darjah ini menitikberatkan penyusunan bilik darjah. Penyusunan bilik darjah amat penting dalam situasi pembelajaran pelajar, keadaan in dapat menggalakkan atau menghalang sesuatu pembelajaran.Pengurusan bilik darjah memerlukan rutin bilik darjah. Tujuan rutin bilik darjah adalah untuk menimbulkan rasa tanggungjawab, perasaan seronok dan bekerjasama di kalangan pelajar. Ia juga dapat menjimatkan masa dan tenaga. Kegiatan rutin bilik darjah adalah seperti membuat pemeriksaan tentang keadaan fizikal bilik darjah, menyediakan bahan pelajaran dan menyusun dengan betul dan mudah dicapai, menetapkan waktu yang sesuai untuk melakukan rutin bilik darjah dan merancang sesuatu rutin itu dengan sempurna dan bersistem. Faedah rutin bilik ialah proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur, pengurusan rutin yang teratur dapat menjimatkan masa guru dan pelajar, rutin akan menyemai nilai-nilai murni di kalangan pelajar, dan akhir sekali pengurusan rutin bilik darjah yang sempurna dan cekap akan menimbulkan rasa selamat kepada pelajar.


2. FAKTOR INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH
Image result for interaksi sehala 

Image result for interaksi sehala Terdapat beberapa jenis interaksi bercorak lisan iaitu interaksi sehala atau tradisional, interaksi dua hala antara guru dan murid, interaksi dua hala antara murid dan murid, interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid dan akhir sekali interaksi berkomputer. Interaksi sehala ialah interaksi bilik darjah di mana guru yang mengawal segala aktiviti P&P yang berlaku di dalam kelas. Interaksi dua hala antara guru dan murid ialah guru menggunakan pendekatan yang berlainan seperti perbincangan atau kaedah induktif. Interaksi dua hala antara murid dengan murid ialah guru menggunakan pendekatan kumpulan, kertas kerja, kaedah bermain dan lakonan sebagai aktiviti dalam p&p. Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid ialah guru menggunakan kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, perbincangan, ujikaji dan kaedah penyelesaian masalah.



LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DALAM MAKMAL SAINS


1. PETUNJUK
Related image                                         

Satu pentunjuk " JAGA KESELAMATAN ANDA" berukuran lebih kurang 2 meter kali setengah meter dalam tulisan besar tersergam hendaklah  diletak disesuatu  tempat ruang senang diperhati disetiap makmal.





2.PETI PERTOLONGAN CEMAS

Image result for peti pertolongan cemas


Peti pertolongan cemas hendaklah lengkap dan diltekkan di tempat yang sesuai di dalam tiap-tiap bilik makmal.




3. PERATURAN
Image result for peraturan
Pelajar- pelajar mesti mamahami dan mematuhi peraturan makmal yang disenaraikan. Murid-murid yang menggunakan mini telekung perlu bajaga-jaga bila menjalankan ujikaji.  khususnya yang melibatkan pengguna penunu bunsen dan atau asid. Bagi mereka yang berambut panjang, adalah dinasihatkan menyanggul rambut mereka bagi mengelakkan sebarang kemalangan.











Comments

Popular posts from this blog

TOPIK 7 : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN NASIHAT

TAMBAH GURU KAUNSELING DI SEKOLAH PERANAN GURU  KAUNSELING DI SEKOLAH  Bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan. Ia juga merupakan proses yang dirancang dan berterusan. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua penuntut. Setiap penuntut mempunyai peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakangnya dan tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayani keperluan-keperluan penuntut bagi perkembangan potensi-potensi dan kebolehannya. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong penuntut memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih dan merancang hidupnya dengan berkesan. Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahan-kelemahannya dan memberi fokus kepada kekuatan-kekuatannya. Bimbingan dan kaunseling adalah pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal penuntut. Ini bermakna kesepaduan di antara perasaan, sikap, akal dan rohani. MENA

TOPIK 8 : PENGURUSAN DAN PENCEGAHAN DADAH

PENGENALAN  Penglibatan pelajar dalam kes penyalahgunaan dadah merupakan satu perkara yang perlu dipandang serius. Ketua Unit Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Yan, Mohamad Farid Mohd Noor berkata, pada 2018 sebanyak tiga hingga empat peratus pelajar sekitar daerah ini terlibat dengan gejala dadah. Katanya, pihaknya telah menjalankan program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dalam kalangan pelajar.             DADAH               Dadah bukanlah perkara baru dalam kehidupan seharian manusia kerana penggunaannya telah dikesan sejak berabad-abad yang lalu meskipun tarikh sebenar tidak dapat diketahui.  Mengikut sumber sejarah, dadah dikaitkan dengan alam fantasi oleh masyarakat zaman dahulu kala yang menganggapnya sebagai pembalut penderitaan dan sumber keseronokan. yang menganggapnya sebagai pembalut penderitaan dan sumber keseronokan. Penagihan candu di kalangan buruh Cina menyebabkan kemasukan bahan berbahaya itu menjadi tidak terkawal di Tanah Melayu