TAMBAH GURU KAUNSELING DI SEKOLAH
PERANAN GURU KAUNSELING DI SEKOLAH
- Bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan. Ia juga merupakan proses yang dirancang dan berterusan.
- Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua penuntut. Setiap penuntut mempunyai peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakangnya dan tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan.
- Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayani keperluan-keperluan penuntut bagi perkembangan potensi-potensi dan kebolehannya.
- Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong penuntut memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih dan merancang hidupnya dengan berkesan.
- Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahan-kelemahannya dan memberi fokus kepada kekuatan-kekuatannya.
- Bimbingan dan kaunseling adalah pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal penuntut. Ini bermakna kesepaduan di antara perasaan, sikap, akal dan rohani.
MENAMBAH GURU KAUNSELING DI SEKOLAH
- Kementerian Pendidikan akan menempatkan lebih ramai guru kaunseling profesional di sekolah bagi menangani pelbagai isu dan masalah pelajar.
- Selain itu, kementerian juga meminta semua guru supaya bertindak sebagai guru disiplin dan tidak menyembunyi sebarang insiden yang berlaku di sekolah daripada kementerian dan pihak berkuasa.
- Timbalan Menteri Pendidikan II, Senator Datuk Chong Sin Woon, berkata kecenderungan pelajar untuk mencuba sesuatu yang baharu berpunca daripada akseBidang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menghendaki kaunselor mengadakan sesi dengan pelajar .Antara corak perkhidmatan yang diberikan ialah Sesi Kaunseling Individu iaitu sesi yang melibatkan hanya kaunselor dan klien sahaja.Tujuannya adalah untuk membincangkan permasalahan individu serta membantu klien mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunseling individu lebih kepada perkara yang bersifat peribadi dan kerahsiaan.Oleh itu sebagai kaunselor adalah menjadi tanggungjawab baginya utnuk menjaga rahsia berkaitan cerita atau permasalahan klien yang diperbincangkan.s tanpa batas di laman sosial, selain kurangnya pendekatan guru kaunseling profesional kepada mereka.
- Setiap sekolah perlu mempunyai kaunselor profesional khusus untuk membantu pelajar, ini kerana kita tidak mahu pelajar yang mempunyai masalah mendapat hukuman yang berat dan dikeluarkan dari sekolah
- Kementerian mahu semua pelajar memperoleh akses pendidikan sama, cuma mereka perlukan kaunseling yang lebih untuk memastikan disiplin mereka lebih baik.
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELOR
1. Bidang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menghendaki kaunselor mengadakan sesi dengan pelajar .Antara corak perkhidmatan yang diberikan ialah Sesi Kaunseling Individu iaitu sesi yang melibatkan hanya kaunselor dan klien sahaja.Tujuannya adalah untuk membincangkan permasalahan individu serta membantu klien mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunseling individu lebih kepada perkara yang bersifat peribadi dan kerahsiaan.Oleh itu sebagai kaunselor adalah menjadi tanggungjawab baginya utnuk menjaga rahsia berkaitan cerita atau permasalahan klien yang diperbincangkan.
2. Bagi Sesi Kaunseling Kelompok pula ia melibatkan kaunseling yang melibatkan sejumlah pelajar yang mempunyai masalah yang sama atau hampir sama.Semasa sesi berlangsung kaunselor boleh memilih sama ada bertindak sebagai fasilitator iaitu membimbing kumpulan terbabit untuk mencapai matlamat yang hendak dicapai di penghujung sesi tersebut atau sebagai ahli dalam kumpulan tersebut.Semasa permulaan sesi kaunselor perlu menerangkan tentang kerahsiaan yang perlu dijaga oleh setiap ahli kelompok.
3. Keceriaan bilik kaunseling begitu penting kerana bilik kaunseling perlulah selesa dan kondusif bagi menjamin suasana sesi kaunseling yang berlangsung adalah teraputik.Suasana yang teraputik hasil dari keindahan dan keceriaan bilik kaunseling sebenarnya mempengaruhi klien yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan.Suasana yang kondusif dipercayai akan mempercepatkan lagi proses ‘rawatan’ yang diberikan oleh kaunselor kepada kliennya.
KEBERKESANAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH
1. Menunjukkan kepentingan dalam membantu perancangan perkembangan
akademik, kerjaya, peribadi dan sosial pelajar-pelajar.
2. Membantu pelajar-pelajar dalam penilaian diri, pemahaman diri, hala
tuju diri dan membolehkan mereka membuat keputusan-keputusan yang
sesuai berhubung matlamat-matlamat jangka pendek dan juga untuk
suatu matlamat jangka panjang.
3. Membantu pelajar-pelajar memperolehi suatu pemahaman yang lebih
baik, berhubung dunia pekerjaan melalui perolehan kemahiran dan sikap
serta penyertaan di dalam program-program kerjaya.
4. Menggalakkan pelajar-pelajar merancang aktiviti-aktiviti dan
menggunakan aktiviti-aktiviti masa lapang untuk meninggikan kepuasan
diri.
KESIMPULAN
Guru Bimbingan dan Kaunseling berkewajipan untuk melaksanakan hasrat ini dengan penuh rasa bertanggungjawab.Dengan ini juga membuktikan bahawa peranan guru kaunseling sebagai struktur sokongan sekolah tidak boleh diabaikan.Antara peranan yang boleh dimainkan ialah Guru Bimbingan Dan Kaunseling atau Kaunselor ialah seseorang kaunselor perlu mengadakan sesi kaunseling dengan sebaik mungkin semata-mata untuk membantu pelajar menangani masalah yang dihadapi.Ini penting kerana dengan membantu pelajar mengurangkan masalahnya maka pelajar tersebut akan menjadi lebih stabil terutama dari segi emosinya.Apabila kestabilan emosi wujud maka tingkahlaku yang sepatutnya akan dapat dilihat.
Comments
Post a Comment