Skip to main content

TOPIK 2: INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN

SOSIOLISASI


  • Proses mempelajari peranan,status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial.
  • Satu proses pembelajaran berterusan.Bermula pada dari pemindahan norma/nilai dalam keluarga/budaya
  • Apa yang perlu dipelajari ketika kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep
  • Semakin dewasa,manusia mempelajari lebih banyak hasil dari interaksi



JENIS-JENIS SOSIOLISASI


SOSIOLISASI PRIMER/PERMULAAN

  • Berlakunya dalam keluarga dan memainkan peranan penting dalam perkembangan masa depan seseorang
  • Di peringkat ini kanak-kanak belajar dari orang dewasa/ahli keluarga bagi membina konsep diri,personaliti,kemahiran motor,penaakulan dan kemahiran bahasa
SOSIOLISASI SEKUNDER/PENYERTAAN

  • Satu proses ransangan di luar lingkungan primer(keluarga)
  • Proses bagaimana budaya dipindahkan kepada individu melalui agen sosiolisasi seperti rakan sebaya,media massa,bahan dibaca,gender,kelas sosial dan ras
  • Individu akan memilih peranan sendiri yang dirasakan sesuai untuk dirinya
RESOSIALISASI/SOSIOLISASI SEMULA


  • Proses seseorang menukar atau mengalihkan konsep diri dan cara hidup sedia ada
  • Boleh berlaku dalam situasi perubahan suasana ,citarasa sama ada dalam masyarakat ,sekolah,bilik darjah dll



PENAMPILAN DAN BAHASA TUBUH

  • Perlu menunjukkan ciri-ciri profesionalisme guru dan mengikut etika pemakaian
  • Rujuk pekeliling ikhtisas yang berkaitan untuk panduan pemakaian guru di bilik darjah
  • Bahasa tubuh menyampaikan mesej kepada murid mengenai perwatakan dan kewibawan sebagai seorang guru
  • Senyum dan mempunyai kontak mata dengan murid
  • Gerak-geri yang bertenaga dan bersemangat

BAHASA TUBUH

  • Ekspresi muka: senyum dan tenang
  • kontak mata: menunjukkan keprihatinan dan juga sebagai tanda amaran
  • Paralinguistik:kekuatan nada suara ,tonasi,artikulasi,berhenti sejenak,dan kelajuan percakapan
  • Postur tubuh: menggambarkan tahap minat,keterbukaan, dan tahap emosi.Berpeluk tubuh dan menyeluk saku
  • Pergerakan badan:tidak statik di hadapan kelas/di meja, bergerak menghampiri murid, beri peluang kepada murid yang pemalu untuk bertanya
  • Ruang peribadi dan sentuhan : peka dengan ruang peribadi murid dan sensitiviti masyarakat setempat,sentuhan pada bahu sebagai galakan

TINGKAH LAKU



  • Melambangkan keperibadian sebagai seorang manusia
  • Sopan
  • Berhemah tetapi tegas
  • Berempati,menangani masalah dengan adil
  • Menggunakan bahasa yang sesuai
  • Kawal emosi dan fikir dahulu sebelum berkata-kata






CONTOH TELADAN


  • Menunjukkan minat terhadap perkara yang diajar
  • Sentiasa ceria,tenang, dan mempunyai unsur humor
  • Mengamalkan komunikasi berkesan
  • Ikhlas ketika mengajar
  • Mengamalkan komunikasi berkesan
  • Menggalakkan semangat kekitaan dan prihatin terhadap semua murid
  • Berempati dengan masalah yang dihadapi murid

PENGETAHUAN YANG LUAS
  • Sentiasa memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran dalam subjek yang diajar
  • Mempunyai pengetahuan mengenai hal ehwal semasa
  • Bersikap kreatif dan inovatif dalam pengajaran

SIFAT KEPIMPINAN
  • Kepimpinan autikratik,demokratik, dan laissez-faire
  • Menggunakan kepimpinan yang bersesuaian dengan situasi

DINAMIKA DALAM BILIK DARJAH

  • Pembentukan kumpulan-kumpulan kecil yang mempunyai ciri, nilai,tingkah laku,dan minat yang sama.
  • Kajian sosiometri untuk mengenal pasti pola interaksi dan persahabatan dalam bilik darjah :

  1. Murid yang disukai/paling berpengaruh
  2. Kelompok-kelompok kecil yang rapat
  3. Murid terpinggir/tidak disukai


FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBENTUKAN DINAMIKA DALAM BILIK DARJAH

  • Jantina
  • Bangsa/agama
  • Status sosioekonomi
  • Pencapaian akademik
  • Personaliti
  • Gaya pembelajaran
PERANAN GURU DALAM DINAMIKA KUMPULAN

  • Mengenal pasti bentuk dinamika kumpulan dalam bilik darjah
  • Memberi perhatian kepada kumpulan murid yang terpinggir/tidak disukai
  • Menggunakan kuasa penularan
  • Bimbing kumpulan untuk membentuk ciri-ciri yang diingini
  • Guru sendiri bertindak sebagai model

INTERAKSI DALAM PEMBELAJARAN

KONSEP
  • Saling tindakan/berhubungan antara dua atau beberapa pihak
  • Interaksi dua pihak: interaksi seorang guru dengan muridnya
  • Interaksi beberapa pihak:interaksi murid-murid dalam aktiviti pembelajaran
  • Interaksi lisan dan bukan lisan

JENIS INTERAKSI


INTERAKSI SEHALA
 
  • Gaya kepimpinan/pengelolaan aktiviti pembelajaran secara AUTOKRATIK
  • Pembelajaran berpusatkan guru
  • Guru sebagai pemberi/penyampai maklumat dan kemahiran manakala murid sebagai penerima maklumat
  • Murid bersikap pasif, jarang berkomunikasi dengan guru atau murid yang lain
  • Kurang berkesan sekiranya diamalkan pada keseluruhan proses P&P
  • Sesuai digunakan semasa memberi arahan/taklimat atau fakta penting kepada murid
INTERAKSI DUA HALA

  • Penyertaan murid alam P&P melalui interaksi guru-murid
  • Guru bertanya murid tentang pengajaran yang disampaikan untuk menilai kefahaman murid
  • Murid bertanya soalan sekiranya tidak memahami pengajaran 
  • Tiada interaksi antara murid-murid

INTERAKSI KUMPULAN

  • Gaya kepimpinan/pengelolaan aktiviti pembelajaran secara demokratik
  • Interaksi aktif berlaku antara guru-murid dan murid-murid
  • Guru bertindak sebagai fasilitator
  • Murid-murid saling berbincang dan berkomunikasi
  • Mewujudkan kerjasama,hormat-menghormati,toleransi,bertukar fikiran,dan tolong-menolong
  • Sering diamalkan dalam tugasan amali,projek,dan pembentangan

CARA MEMBENTUK INTERAKSI YANG SIHAT DALAM PEMBELAJARAN

  • Mengamalkan sistem demokratik dalam proses pembelajaran
  • Penyoalan dalam pengajaran
  • Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran
  • Menggunakan kaedah pembelajaran koperatif
  • Menggalakkan pembelajaran dalam kumpulan kecil
  • Memupuk sikap yang betul terhadap interaksi



Kesimpulan

 Komunikasi dan interaksi di dalam bilik darjah amatlah penting dalam usaha mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Guru seharusnya menguasai kemahiran komunikasi dan interaksi supaya kelas yang kondusif serta aktif dapat diwujudkan. Dengan itu, murid-murid akan lebih bermotivasi dalam pembelajaran mereka.

Comments

Popular posts from this blog

TOPIK 7 : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN NASIHAT

TAMBAH GURU KAUNSELING DI SEKOLAH PERANAN GURU  KAUNSELING DI SEKOLAH  Bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan. Ia juga merupakan proses yang dirancang dan berterusan. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua penuntut. Setiap penuntut mempunyai peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakangnya dan tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayani keperluan-keperluan penuntut bagi perkembangan potensi-potensi dan kebolehannya. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong penuntut memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih dan merancang hidupnya dengan berkesan. Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahan-kelemahannya dan memberi fokus kepada kekuatan-kekuatannya. Bimbingan dan kaunseling adalah pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal penuntut. Ini bermakna kesepaduan di antara perasaan, sikap, akal dan rohani. MENA

TOPIK 11 : PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

ASID NITRIK TUMPAH DI MAKMAL SEKOLAH  Tabung uji yang mengandungi bahan kimia asid nitrik di makmal Sekolah Menengah Islam IQKL, Pinggir Taman Tun Dr Ismail, di sini, mengalami keretakan dan berlaku tumpahan, tengah hari tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, kejadian berlaku ketika pelajar menjalankan aktiviti di makmal terbabit.Tabung uji yang mengandungi 2.5 liter asid nitrik mengalami keretakan dan sedikit bahan itu tertumpah.Pasukan Hazmat ke lokasi untuk meneutralkan kawasan makmal bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. Faktor yang mempengaruhi strategi mengurus bilik pembelajaran 1. FAKTOR BILIK DARJAH Fizikal bilik darjah ini menitikberatkan penyusunan bilik darjah. Penyusunan bilik darjah amat penting dalam situasi pembelajaran pelajar, keadaan in dapat menggalakkan atau menghalang sesuatu pembelajaran. Pengurusan bilik darjah memerlukan rutin bilik darjah. Tujuan rutin bilik darjah adalah untuk menimbulka

TOPIK 8 : PENGURUSAN DAN PENCEGAHAN DADAH

PENGENALAN  Penglibatan pelajar dalam kes penyalahgunaan dadah merupakan satu perkara yang perlu dipandang serius. Ketua Unit Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Yan, Mohamad Farid Mohd Noor berkata, pada 2018 sebanyak tiga hingga empat peratus pelajar sekitar daerah ini terlibat dengan gejala dadah. Katanya, pihaknya telah menjalankan program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dalam kalangan pelajar.             DADAH               Dadah bukanlah perkara baru dalam kehidupan seharian manusia kerana penggunaannya telah dikesan sejak berabad-abad yang lalu meskipun tarikh sebenar tidak dapat diketahui.  Mengikut sumber sejarah, dadah dikaitkan dengan alam fantasi oleh masyarakat zaman dahulu kala yang menganggapnya sebagai pembalut penderitaan dan sumber keseronokan. yang menganggapnya sebagai pembalut penderitaan dan sumber keseronokan. Penagihan candu di kalangan buruh Cina menyebabkan kemasukan bahan berbahaya itu menjadi tidak terkawal di Tanah Melayu