KAJIAN PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN
PENGURUSAN SEKOLAH
2. Hubungan sekolah ibu bapa
DEFINISI
- Proses merancang,mengelola,memimpin dan mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan(Stoner,1984)
- Satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat (Robbins,1984)
- Aktiviti sistematik bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus tentang sesuatu masalah yang sudah dikenal pasti (Ahmad Mahdzan,2004)
- Pengurusan mencakupi bagaimana sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi (Shukur,1988)
KEPENTINGAN PENGURUSAN
- Menambah pengetahuan
- Meningkatkan mutu amalan kerja guru
- Menambahkan produktiviti
- Mendapatkan keredaan Allah
PERSPEKTIF PENGURUSAN
PENGURUSAN BILIK DARJAH
- Melibatkan tindakan guru untuk mewujudkan persekitaran yang mengalakkan interaksi sosial yang positif,mewujudkan penglibatan pembelajaran aktif,dan meningkatkan motivasi kendiri murid ( Burden,2003)
- Usaha mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan di sekolah. Ia juga merujuk kepada kemampuan mengurus perlakuan murid supaya tidak menggangu proses pengajaran dan pembelajaran (Ang Jit Eng,2014)
STRATEGI PENGURUSAN PEMBELAJARAN
1. BERPUSATKAN BAHAN:
- Guru menggunakan bahan seperti buku,blok-blok binaan, bahan lukisan,peralatan saintifik,komputer,pusat sumber,dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya.
- Bahan pembelajaran yang diperlukan akan disusun mengikut kesesuaian perancangan.
- Guru berperanan sebagai pembimbing
2. BERPUSATKAN GURU:
- Guru menguasai proses pengajaran dan pembelajaran
- Guru mengarah pemikiran dan penglibatan pelajar
- Cth: Kuliah,penghafalan,menyalin nota,membuat latihan serta soalan-soalan yang diberi oleh guru
PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA
1. Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid :
- Penerimaan dan layanan adil
- Pedagogi dan strategi pembelajaran
- Pengurusan hubungan
- Pemilihan bahan sumber
- Progran silang budaya
PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA
- Pemulihan
- Pengayaan
- Berkeperluan khas: pintar cerdas,autisme, disleksia
- Program pendidikan inklusif
- Program pendidikan orang asli dan peribumi
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
PENGURUSAN SEKOLAH
1. Ciri yang menjadikan organisasi sekolah kini paling sukar ditadbir:
- sekolah dan sistemnya adalah organisasi manusia.Klien dan bahan mentahnya manusia,sumbernya manusia dan matlamatnya berkait dengan manusia
- Kumpulan sasaran manusia: Kanak-kanak dan remaja yang kompleks dalam period perkembangan mental,fizikal,emosi dan sosial
- Matlamat utama sekolah berkait dengan pendidikan. Pendidikan berkait dengan pembelajaran,perkembangan dan pembangunan diri manusia.
- Manusia adalah modal insan atau aset utama sesebuah negara.
2. Pengurusan sekolah perlu kreatif dan inovatif bagi membentuk organisasi sekolah yang dinamis:pengetahuan baru,budaya saintifik,penyebaran teknologi maklumat dan pembangunan potensi manusia
3. Namun,sekolah merupakan institusi yang paling lambat berubah,konservatif dan mengekalkan amalan tradisional yang tidak sesuai dengan kehendak semasa
4. Lantaran ini, pengurusan strategik di kalangan pengurus di sekolah-sekolah amat penting bagi mewujudkan sekolah yang berkesan.
PENGURUSAN SEKOLAH
- Sumber
- Bilik darjah
- Tingkah laku
- Multiupaya
- Multibudaya
- Penasihatan
- Pengurusan kokurikulum
- Sekolah dan masyarakat
PENGURUSAN SUMBER
- Pengurusan bilik-bilik sumber
- Pusat sumber dan perpustakaan
- Bilik instruksional
- Bilik tayang
- Bilik BOSS
- Pembelian bahan-bahan
Pengurusan bilik pembelajaran
- Bilik pembelajaran: bilik darjah,makmal sains,makmal KH,studio lukisan,makmal ICT
PENGURUSAN TINGKAH LAKU/DISIPLIN
- Pengetua,PK HEM, kaunselor,guru kanan disiplin,guru-guru disiplin
- Jenis-jenis salah laku: jenayah penyalahgunaan dadah/inhalan/racun, buli,rokok, ponteng,lucah,kurang sopan/biadap,vandalisme,tidak amanah
- Panduan tatacara disiplin sekolah untuk pengetua,guru besar,guru disiplin
- Kategori kesalahan: berat,sederhana,ringan
- Hukuman pembuangan,penggantungan,corporal punishment,detention,denda,amaran
- Program peningkatan disiplin-sekolah
- Program pembangunan sahsiah diri dan disiplin murid-sekolah dan PPD
- Sistem salah laku disiplin murid-rekod maklumat salah laku disiplin
PENGURUSAN BIMBINGAN/PENASIHAT
- Falsafah perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
- Rasional dan objektif
- Carta organisasi dan jawatan kuasa: akademik,kerjaya,sahsiah,ppda
- Pendekatan:pencegahan,perkembangan,pemulihan,krisis
- Kod etika
- Fokus perkhidmatan: pembangunan sahsiah,peningkatan disiplin,pendidikan kerajaya,psikisosial dan kesejahteraan mental
PENGURUSAN KOKURIKULUM
- Dasar pelaksanaan
- Carta organisasi kokurikulum sekolah
- Jenis gerak kerja kokurikulum:badan beruniform,kelab dan persatuan,sukan dan permainan
- Peruntukan masa
- Penilaian kokurikulum
- Lain-lain:uniform,peralatan,laporan,penghargaan
PENGURUSAN SEKOLAH DAN PERSEKITARAN
1. Hubungan guru ibu bapa
2. Hubungan sekolah ibu bapa
- Ibu bapa sebagai sukarelawan di sekolah
- Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti utama : hari pendaftaran,hari pelaporan,hari sukan, hari anugerah kecemerlangan,hari penetapan sasaran, hari mesyuarat PIBG
3. Penglibatan agensi kerajaan dan bukan kerjaan
- kokurikulum
- AADK
- Kementerian kesihatan
- Kementerian belia dan sukan
Kesimpulan
Kesimpulannya, profesion pengajar adalah tugas professional yang memerlukan daya tahan, daya saing dan kemahiran-kemahiran yang penting seperti kemahiran pengurusan, kemahiran kepimpinan dan lain-lain. Seorang guru yang baik adalah mereka yang mampu menguruskan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Kemampuan para guru dalam pengurusan dan pembelajaran mampu mewujudkan suasana yang ceria, kondusif dan menyeronokkan untuk para pelajar.
Comments
Post a Comment