Skip to main content

PEMILIHAN SEORANG WATAK DALAM KELAS KPS3014



                                             WATAK DALAM KELAS

Watak yang saya pilih dalam kelas merupakan seorang perempuan yang bernama Audry Anak Masan. Saya dengan Audry telah lama berkenal antara satu sama lain sejak semester 1. Pertama kali saya bertemu dengan Audry, dia merupakan seoarang yang sentiasa ceria dan suka berlawak dengan saya. Sejak hari pertama saya kenal Audry, kami telah mewujudkan hubungan yang rapat dengan begitu cepat sekali. Audry mengambil kos ISMP SEJARAH dan sekarang berada di semester 2. Saya berasal dari sabah manakala Audry pula berasal dari sarawak dan ini membenarkan kami berkomunikasi antara satu sama lain dengan senang dan lancar. Umur kami juga tidak begitu jauh di mana Audry lahir pada tahun 1998 dan saya lahir pada tahun 1999 tetapi sepanjang saya meluangkan masa dengan Audry, saya berasa dia lebih muda dari saya kerana dia sentiasa riang dan ceria sepanjang masa seperti kanak-kanak.
Sebelum saya berkenal dengan Audry, saya menganggap dia seorang yang pendiam dan pemalu tetapi anggapan itu membuktikan saya salah kerana dia gemar bercerita dengan saya dan merupakan seorang yang tidak pemalu. 
Saya terkejut dan gembira apabila mengetahui kami berada di kelas yang sama iaitu KPS3014. Dengan itu, hubungan kami sebagai kawan lebih rapat.


                                        Image result for thank you

Comments

Popular posts from this blog

TOPIK 7 : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN NASIHAT

TAMBAH GURU KAUNSELING DI SEKOLAH PERANAN GURU  KAUNSELING DI SEKOLAH  Bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan. Ia juga merupakan proses yang dirancang dan berterusan. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua penuntut. Setiap penuntut mempunyai peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakangnya dan tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayani keperluan-keperluan penuntut bagi perkembangan potensi-potensi dan kebolehannya. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong penuntut memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih dan merancang hidupnya dengan berkesan. Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahan-kelemahannya dan memberi fokus kepada kekuatan-kekuatannya. Bimbingan dan kaunseling adalah pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal penuntut. Ini bermakna kesepaduan di antara perasaan, sikap, akal dan rohani. ...

TOPIK 11 : PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

ASID NITRIK TUMPAH DI MAKMAL SEKOLAH  Tabung uji yang mengandungi bahan kimia asid nitrik di makmal Sekolah Menengah Islam IQKL, Pinggir Taman Tun Dr Ismail, di sini, mengalami keretakan dan berlaku tumpahan, tengah hari tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, kejadian berlaku ketika pelajar menjalankan aktiviti di makmal terbabit.Tabung uji yang mengandungi 2.5 liter asid nitrik mengalami keretakan dan sedikit bahan itu tertumpah.Pasukan Hazmat ke lokasi untuk meneutralkan kawasan makmal bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. Faktor yang mempengaruhi strategi mengurus bilik pembelajaran 1. FAKTOR BILIK DARJAH Fizikal bilik darjah ini menitikberatkan penyusunan bilik darjah. Penyusunan bilik darjah amat penting dalam situasi pembelajaran pelajar, keadaan in dapat menggalakkan atau menghalang sesuatu pembelajaran. Pengurusan bilik darjah memerlukan rutin bilik darjah. Tujuan rutin bilik darjah adalah untuk menimb...

TOPIK 10 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

KPM AKAN TAMBAH GURU PENDIDIKAN KHAS                          Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Yasmin Hussain melihat adik Muhammad Afiq Darwish Mohd Adnan yang cacat penglihatan mengendalikan mesin braille semasa melakukan lawatan sempena 'Penanda Aras Pelaksanaan Zero Reject Policy' bagi murid berkeperluan khas 2019 di SMK Putrajaya Presint 18(1). Turut sama Pengetua SMK Presint 18 (1), Datin Haliza Hussin  Kementerian Pendidikan akan menambah bilangan guru pendidikan khas di sekolah-sekolah yang terlibat bagi memenuhi keperluan pelaksanaan 'Zero Reject Policy' untuk murid berkeperluan khas. Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Datuk Dr Yasmin Hussain berkata kementerian akan mengenal pasti guru-guru berkelayakan dalam masa tiga bulan untuk menempatkan mereka di sekolah-sekolah yang berkenaan. Zero Reject Policy dilaksanakan bagi memastikan murid be...