Skip to main content

TOPIK 10 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

KPM AKAN TAMBAH GURU PENDIDIKAN KHAS

                        


Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Yasmin Hussain melihat adik Muhammad Afiq Darwish Mohd Adnan yang cacat penglihatan mengendalikan mesin braille semasa melakukan lawatan sempena 'Penanda Aras Pelaksanaan Zero Reject Policy' bagi murid berkeperluan khas 2019 di SMK Putrajaya Presint 18(1). Turut sama Pengetua SMK Presint 18 (1), Datin Haliza Hussin



  •  Kementerian Pendidikan akan menambah bilangan guru pendidikan khas di sekolah-sekolah yang terlibat bagi memenuhi keperluan pelaksanaan 'Zero Reject Policy' untuk murid berkeperluan khas.
  • Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Datuk Dr Yasmin Hussain berkata kementerian akan mengenal pasti guru-guru berkelayakan dalam masa tiga bulan untuk menempatkan mereka di sekolah-sekolah yang berkenaan.
  • Zero Reject Policy dilaksanakan bagi memastikan murid berkeperluan khas menerima pendidikan yang selari dengan ketidakupayaan mereka sama ada ke sekolah arus perdana melalui Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Inklusif atau ke Sekolah Pendidikan Khas.
  • Beliau berkata kementerian juga sedang meneliti keperluan lain termasuk penambahan fasiliti yang sesuai untuk murid kelainan upaya (OKU) bagi memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran golongan itu.

Definisi dan konsep Pendidikan Khas
    Related image
  • Pendidikan Khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak dengan keperluan khas. Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran, serta yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas.
  • Pendekatan definisi baharu kanak-kanak dengan keperluan khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran perkembangan (developmental skills). Pendekatan tradisi atau terdahulu menekankan kepada kecacatan dan ketidakupayaan individu.
  • Pendekatan definisi baharu kanak-kanak dengan keperluan khas menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran perkembangan (developmental skills). Pendekatan tradisi atau terdahulu menekankan kepada kecacatan dan ketidakupayaan individu.
  •  “Special education means specially designed instruction that meets the unusual needs of exceptional children.” (Hallahan & Kauffman, 1994)

Objektif Pendidikan Khas

      Related image
    • Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan keperluan khas.
    • Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas
    • Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas
    • Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini
    • Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas

      Ciri-ciri ‘Khas’ Pendidikan Khas

      • Guru-guru terlatih khas.
      • Pendekatan pelbagai disiplin
      • Program pendidikan yang diindividukan (Individualized Education Programme)
      • Objektif pengajaran yang nyata, bermakna, khusus dan bersifat jangka pendek
      • Penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran
      • Penilaian kemajuan yang kerap dan berterusan, dan rekod penilaian yang sesuai
      • Kaedah pengajaran yang khas
      KESIMPULAN

      Image result for special kids
      ZRP merupakan dasar sedia ada yang dimantapkan daripada segi pelaksanaannya bagi memastikan murid berkeperluan khas (MBK) menerima pendidikan yang selari dengan ketidakupayaan mereka sama ada ke sekolah sekolah arus perdana melalui Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif atau ke Sekolah Pendidikan Khas.Dari sudut fasiliti kata beliau, pihak kementerian akan memastikan terdapat kemudahan-kemudahan pendidikan khas sewajarnya di sekolah-sekolah terlibat.

      Comments

      Popular posts from this blog

      TOPIK 7 : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN NASIHAT

      TAMBAH GURU KAUNSELING DI SEKOLAH PERANAN GURU  KAUNSELING DI SEKOLAH  Bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan. Ia juga merupakan proses yang dirancang dan berterusan. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua penuntut. Setiap penuntut mempunyai peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakangnya dan tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayani keperluan-keperluan penuntut bagi perkembangan potensi-potensi dan kebolehannya. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong penuntut memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih dan merancang hidupnya dengan berkesan. Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahan-kelemahannya dan memberi fokus kepada kekuatan-kekuatannya. Bimbingan dan kaunseling adalah pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal penuntut. Ini bermakna kesepaduan di antara perasaan, sikap, akal dan rohani. MENA

      TOPIK 8 : PENGURUSAN DAN PENCEGAHAN DADAH

      PENGENALAN  Penglibatan pelajar dalam kes penyalahgunaan dadah merupakan satu perkara yang perlu dipandang serius. Ketua Unit Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Yan, Mohamad Farid Mohd Noor berkata, pada 2018 sebanyak tiga hingga empat peratus pelajar sekitar daerah ini terlibat dengan gejala dadah. Katanya, pihaknya telah menjalankan program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dalam kalangan pelajar.             DADAH               Dadah bukanlah perkara baru dalam kehidupan seharian manusia kerana penggunaannya telah dikesan sejak berabad-abad yang lalu meskipun tarikh sebenar tidak dapat diketahui.  Mengikut sumber sejarah, dadah dikaitkan dengan alam fantasi oleh masyarakat zaman dahulu kala yang menganggapnya sebagai pembalut penderitaan dan sumber keseronokan. yang menganggapnya sebagai pembalut penderitaan dan sumber keseronokan. Penagihan candu di kalangan buruh Cina menyebabkan kemasukan bahan berbahaya itu menjadi tidak terkawal di Tanah Melayu

      TOPIK 11 : PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

      ASID NITRIK TUMPAH DI MAKMAL SEKOLAH  Tabung uji yang mengandungi bahan kimia asid nitrik di makmal Sekolah Menengah Islam IQKL, Pinggir Taman Tun Dr Ismail, di sini, mengalami keretakan dan berlaku tumpahan, tengah hari tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, kejadian berlaku ketika pelajar menjalankan aktiviti di makmal terbabit.Tabung uji yang mengandungi 2.5 liter asid nitrik mengalami keretakan dan sedikit bahan itu tertumpah.Pasukan Hazmat ke lokasi untuk meneutralkan kawasan makmal bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. Faktor yang mempengaruhi strategi mengurus bilik pembelajaran 1. FAKTOR BILIK DARJAH Fizikal bilik darjah ini menitikberatkan penyusunan bilik darjah. Penyusunan bilik darjah amat penting dalam situasi pembelajaran pelajar, keadaan in dapat menggalakkan atau menghalang sesuatu pembelajaran. Pengurusan bilik darjah memerlukan rutin bilik darjah. Tujuan rutin bilik darjah adalah untuk menimbulka