Skip to main content

TOPIK 12 : PENGURUSAN BILIK DARJAH

452 MURID BELAJAR BAWAH KHEMAH






  • Seramai 452 daripada 802 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Telupid, lebih 200 kilometer (km) dari sini, belajar di bawah khemah sejak Jun tahun lalu.
  • Difahamkan, sehingga sesi persekolahan baharu semalam, mereka juga terpaksa belajar di bawah khemah dalam keadaan hujan.
  • Difahamkan ini susulan kerja pembaikan bangunan sekolah yang menempatkan bilik darjah yang rosak teruk akibat dipukul ribut, pada Jun lalu, masih belum siap.
  • Sumber memaklumkan bahawa khemah itu digunakan sejak tahun lalu yang diberi oleh Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob.
  • Keadaan terkawal dan bangunan yang rosak itu kini dalam proses pembaikan
  • Sementara itu Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee meminta agar pihak berkaitan khususnya Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah agar mengambil tindakan sementara bagi menyelesaikan masalah dihadapai 452 murid di sekolah berkenaan.


BILIK DARJAH DAN PENGURUSAN BILIK DARJAH

                        Image result for classroom

Di dalam bilik darjah, selain mengajar, guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus. Tugas guru sebagai pengurus ialah mengurus rutin bilik darjah, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif. Kecekapan guru dalam menjalankan tugas sebagai pengurus akan mewujudkan sosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan bilik darjah yang kondusif dan sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai kekangan dan permasalahan yang akan wujud dalam bilik darjah. Oleh itu, keperluan dan kesedaran tentang pentingnya pengurusan bilik darjah perlu ada dan ditanam di dalam dada semua insan yang bergelar pendidik.

                            Image result for classroom

Pengurusan bilik darjah berkesan mampu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Seorang guru seharusnya mampu mengurus bilik darjah dan mengawal tingkah laku pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan lancar dan berkesan tanpa gangguan (Hasani Dali & Mohd Johdi, 2009). Disamping itu, ia mampu mempengaruhi motivasi, tingkah laku serta penglibatan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah yang diurus dengan baik adalah tempat dimana pelajar sentiasa mengambil berat dan bekerjasama di antara satu sama lain, membuat pilihan yang bijak dan sering berusaha untuk menghasilkan kerja yang berkualiti, menarik dan penting bagi mereka (Levin & Nolan, 2000).

                                      Related image
Ilmu mengurus bilik darjah yang terakhir ialah ilmu pengurusan disiplin murid. Dalam memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, aspek disiplin perlulah dititikberatkan oleh semua guru. Seseorang guru tersebut bertanggungjawab untuk menentukan peraturan, mengawal murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah, dan menasihati murid-murid yang melanggar peraturan. Antara ilmu pengurusan disiplin murid-murid yang boleh digunakan ialah cara autokratik yang bermaksud seseorang guru tersebut mempunyai kuasa yang mutlak ke atas kawalan, arahan, pengurusan dan hukuman berlandaskan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Murid-murid hanya boleh mematuhi segalanya untuk menjamin kewujudan disiplin yang baik dalam bilik darjah.




KESIMPUILAN


Related image


Sebagai seorang guru,kita hendaklah mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan bilik darjah supaya kita dapat membina organisasi di dalam kelas dengan baik.


Comments

Popular posts from this blog

TOPIK 7 : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN NASIHAT

TAMBAH GURU KAUNSELING DI SEKOLAH PERANAN GURU  KAUNSELING DI SEKOLAH  Bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan. Ia juga merupakan proses yang dirancang dan berterusan. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua penuntut. Setiap penuntut mempunyai peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakangnya dan tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayani keperluan-keperluan penuntut bagi perkembangan potensi-potensi dan kebolehannya. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong penuntut memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih dan merancang hidupnya dengan berkesan. Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahan-kelemahannya dan memberi fokus kepada kekuatan-kekuatannya. Bimbingan dan kaunseling adalah pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal penuntut. Ini bermakna kesepaduan di antara perasaan, sikap, akal dan rohani. MENA

TOPIK 8 : PENGURUSAN DAN PENCEGAHAN DADAH

PENGENALAN  Penglibatan pelajar dalam kes penyalahgunaan dadah merupakan satu perkara yang perlu dipandang serius. Ketua Unit Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Yan, Mohamad Farid Mohd Noor berkata, pada 2018 sebanyak tiga hingga empat peratus pelajar sekitar daerah ini terlibat dengan gejala dadah. Katanya, pihaknya telah menjalankan program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dalam kalangan pelajar.             DADAH               Dadah bukanlah perkara baru dalam kehidupan seharian manusia kerana penggunaannya telah dikesan sejak berabad-abad yang lalu meskipun tarikh sebenar tidak dapat diketahui.  Mengikut sumber sejarah, dadah dikaitkan dengan alam fantasi oleh masyarakat zaman dahulu kala yang menganggapnya sebagai pembalut penderitaan dan sumber keseronokan. yang menganggapnya sebagai pembalut penderitaan dan sumber keseronokan. Penagihan candu di kalangan buruh Cina menyebabkan kemasukan bahan berbahaya itu menjadi tidak terkawal di Tanah Melayu

TOPIK 11 : PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

ASID NITRIK TUMPAH DI MAKMAL SEKOLAH  Tabung uji yang mengandungi bahan kimia asid nitrik di makmal Sekolah Menengah Islam IQKL, Pinggir Taman Tun Dr Ismail, di sini, mengalami keretakan dan berlaku tumpahan, tengah hari tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, kejadian berlaku ketika pelajar menjalankan aktiviti di makmal terbabit.Tabung uji yang mengandungi 2.5 liter asid nitrik mengalami keretakan dan sedikit bahan itu tertumpah.Pasukan Hazmat ke lokasi untuk meneutralkan kawasan makmal bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. Faktor yang mempengaruhi strategi mengurus bilik pembelajaran 1. FAKTOR BILIK DARJAH Fizikal bilik darjah ini menitikberatkan penyusunan bilik darjah. Penyusunan bilik darjah amat penting dalam situasi pembelajaran pelajar, keadaan in dapat menggalakkan atau menghalang sesuatu pembelajaran. Pengurusan bilik darjah memerlukan rutin bilik darjah. Tujuan rutin bilik darjah adalah untuk menimbulka