Skip to main content

TOPIK 13 : PENGURUSAN MURID

PENGENALAN

Pengurusan murid merupakan salah satu bahagian yang sangat penting dalam pentadbiran sekolah. Hal ini demikian kerana, pengurusan murid ini berkaitan dengan usaha untuk melahirkan murid yang berkualiti dan mampu membawa perubahan terhadap negara dalam pelbagai aspek pada suatu hari nanti. Selain itu, pengurusan murid ini perlulah dilakukan dengan sistematik kerana ianya mampu mencapai matlamat dan objektif yang ingin dilakukan. Tugas bagi menguruskan berkaitan murid ini dikendalikan oleh Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid yang berkaitan dengan aspek disiplin, ko-kurikulum, kurikulum dan aspek yang lain melalui peranannya sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudah cara, penyelaras, pengawal, penawar, dan kaunselor yang boleh membantu memudahkan pengurusan murid.


180 pelajar SMKSSAAS ikuti Program Motivasi SPM 2018 UMW

ZIN ISMAIL (tengah) menyampaikan ceramah motivasi kepada calon-calon

ZIN ISMAIL (tengah) menyampaikan ceramah motivasi kepada calon-calon SPM di SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam, Selangor, hari ini. -UTUSAN ONLINE

  •  Seramai 180 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti Program Motivasi SPM 2018 UMW yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SMKSSAAS), di sini hari ini.
  • Penolong Pengurus Pendidikan (Pemasaran) Utusan Malaysia, Fauzi Hamdan berkata, SMKSSAAS adalah sekolah keempat daripada lima yang terpilih untuk program tersebut tahun ini.
  • "Jika sekolah sebelum ini kita bahagikan kepada dua sesi, kali ini kelainan dibuat dengan menghimpunkan semua calon SPM sekolah ini memandangkan jumlahnya tidak seramai penganjuran program sebelum ini," katanya.
  • Program anjuran bersama UMW Corporation Sdn. Bhd. itu melibatkan calon-calon SPM di lima sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana.
  • Ceramah motivasi disampaikan oleh tokoh motivasi dan pendidik, Dr. Ismail Zain yang berkongsi tips mengulang kaji berkesan di samping menyuntik keyakinan mengenai kemampuan setiap pelajar untuk melakar kejayaan pada masa depan. - UTUSAN ONLINE



 ASPEK DALAM PENGURUSAN MURID

Pengurusan murid ini melibatkan aktiviti perancangan, pentaksiran, pengelolaan, pentadbiran dan juga pengawalan serta pemulihan terhadap murid. Perancangan ini merupakan aspek yang paling penting kerana ianya akan menentukan objektif dan matlamat yang hendak dicapai sekaligus menetapkan kaedah-kaedah yang sesuai digunakan. Pentaksiran pula melibatkan pengamatan dan memerhati perkara-perkara yang hendak dipertimbangkan dalam pelbagai aspek pengurusan murid. Pengelolaan pula merujuk kepada pelaksanaan dan pembentukan prosedur dalam pengurusan pembelajaran. Pentadbiran biasanya berkaitan dengan kepimpinan, motivasi, penyeliaan dan penyelarasan terhadap kaedah dan perancangan yang telah dibuat dan biasanya pemulihan dan pengawalan akan dibuat untuk memperbaiki rancangan yang telah dibuat.          



 Komponen Dalam Pengurusan Murid

Pengurusan murid mempunyai beberapa elemen penting yang menentukan objektif yang telah dibuat tercapai. Antara contohnya ialah pengurusan rekod murid, kesediaan belajar murid dan memotivasikan murid. Setiap elemen tersebut mempunyai peranan penting dan tidak boleh dibuat tanpa perancangan yang baik dan rapi. Oleh itu, semua pihak yang terlibat perlu melakukan tugas mereka dengan sehabis baik untuk mencapai negara maju pada masa akan datang.


1 Mengurus Rekod Murid

Mengurus rekod murid ini merupakan salah satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh guru. Pengurusan rekod murid dikaitkan dengan aktiviti mencatat bidang pengurusan yang bertanggungjawab untuk menjaga, bersistematik mengawal penciptaan, penerimaan, penggunaan dan ciri rekod termasuklah proses menjaga dan memelihara bukti dan maklumat murid ke dalam bentuk rekod.Namun, sebelum membuat rekod murid, seseorang guru harus menjalankan pentaksiran mengenai persekitaran seseorang murid yang merangkumi aspek persekitaran, perkembangan, kemajuan, kesihatan dan tingkah laku melalui beberapa kaedah yang sesuai. Antara kaedah yang boleh dijalankan untuk membuat pengurusan rekod pelajar iaitu dengan menggunakan kemudahan teknologi yang semakin berkembang sekarang ini. Jadi, segala pengurusan rekod yang dilakukan dapat dibuat dengan lebih sistematik. Pengurusan rekod murid yang baik dapat membantu seseorang guru mencapai objektif yang telah dibina melalui pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Maklumat dalam rekod perlu dikemas kini untuk memudahkan guru membuat rujukan tentang pembelajaran murid.



2 Kesediaan Murid Belajar
Kesediaan Murid Belajar merupakan keadaan dalam individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru. Apa jua perkara yang dapat disampaikan secara berkesan kepada kanak-kanak pada bila-bila peringkat perkembangannya (Brunner, 1966). Manakala Piaget (1966) mengaitkan kesediaan belajar dengan peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. Kesediaan ini berkaitan dengan peringkat perkembangan intelek seperti berfikir, menaakul, menganalisis, mensintesis dan menilai. Merujuk kepada sikap, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Merujuk kepada potensi atau kematangan fizikal dan kesediaan untuk melakukan proses pembelajaran yang baru seperti kesediaan psikomotor,  kesediaan afektif, kesediaan kognitif dan jenis kesediaan belajar. Setiap individu menunjukkan emosi berbeza walau dalam situasi yang sama. Perbezaan yang dapat dihayati melalui pergaulan, interaksi dan aktiviti sosial, cara kehidupan yang berbeza di antara satu individu dengan individu yang lain, falsafah hidup dan keagamaan yang berbeza antara individu.  Strategi implementasi kesediaan belajar seperti gunakan set induksi yang menarik, rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan dan pengetahuan sedia ada, Peringkatkan isi pelajaran mengikut tahap kesediaan belajar murid (mudah ke kompleks), gunakan pelbagai stimulus dalam mengekalkan minat murid dan banyak lagi.


3 Memotivasikan Murid
Motivasi merupakan rangsangan yang membangkitkan minat seseorang individu ke arah mencapai sesuatu matlamat tertentu. Tingkah laku yang berpusatkan pada sesuatu perkara, dan mampu menghasilkan kepuasan secara berulang-ulang. Naluri ingin tahu mencetuskan tingkah laku seperti ingin mencuba, menjelajah, mencipta dan mereka bentuk. Dari segi desakan melibatkan tindakan disebabkan oleh keperluan fisiologi,  keperluan melibatkan keinginan memenuhi kekurangan fisiologi dan  psikologi. Sikap pula dibentuk daripada kefahaman , perasaan dan tindakan, harapan iaitu ramalan subjektif selaras dengan kognitif, aspirasi iaitu penilaian yang subjektif terhadap tugas yang dilaksanakan.



KESIMPULAN

Faedah mengurus data dan maklumat kepada sekolah. Data dan maklumat dapat disimpan dengan lebih baik dan tersusun. Malah, maklumat mudah dicapai dan digunakan dengan menggunakan sistem pengurusan data. Selain itu, semua pentadbir, kakitangan akademik dan bukan akademik mudah mendapatkan data dan membuat analisa. Mudah untuk membuat keputusan berkaitan dengan gaji, prestasi akademik dan bukan akademik. Pentadbiran khususnya kerani dan kerani kewangan dapat menggunakan teknologi IT dengan sepenuhnya.

Comments

Popular posts from this blog

TOPIK 7 : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN NASIHAT

TAMBAH GURU KAUNSELING DI SEKOLAH PERANAN GURU  KAUNSELING DI SEKOLAH  Bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan. Ia juga merupakan proses yang dirancang dan berterusan. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua penuntut. Setiap penuntut mempunyai peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakangnya dan tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayani keperluan-keperluan penuntut bagi perkembangan potensi-potensi dan kebolehannya. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong penuntut memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih dan merancang hidupnya dengan berkesan. Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahan-kelemahannya dan memberi fokus kepada kekuatan-kekuatannya. Bimbingan dan kaunseling adalah pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal penuntut. Ini bermakna kesepaduan di antara perasaan, sikap, akal dan rohani. MENA

TOPIK 8 : PENGURUSAN DAN PENCEGAHAN DADAH

PENGENALAN  Penglibatan pelajar dalam kes penyalahgunaan dadah merupakan satu perkara yang perlu dipandang serius. Ketua Unit Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Yan, Mohamad Farid Mohd Noor berkata, pada 2018 sebanyak tiga hingga empat peratus pelajar sekitar daerah ini terlibat dengan gejala dadah. Katanya, pihaknya telah menjalankan program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dalam kalangan pelajar.             DADAH               Dadah bukanlah perkara baru dalam kehidupan seharian manusia kerana penggunaannya telah dikesan sejak berabad-abad yang lalu meskipun tarikh sebenar tidak dapat diketahui.  Mengikut sumber sejarah, dadah dikaitkan dengan alam fantasi oleh masyarakat zaman dahulu kala yang menganggapnya sebagai pembalut penderitaan dan sumber keseronokan. yang menganggapnya sebagai pembalut penderitaan dan sumber keseronokan. Penagihan candu di kalangan buruh Cina menyebabkan kemasukan bahan berbahaya itu menjadi tidak terkawal di Tanah Melayu

TOPIK 11 : PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

ASID NITRIK TUMPAH DI MAKMAL SEKOLAH  Tabung uji yang mengandungi bahan kimia asid nitrik di makmal Sekolah Menengah Islam IQKL, Pinggir Taman Tun Dr Ismail, di sini, mengalami keretakan dan berlaku tumpahan, tengah hari tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, kejadian berlaku ketika pelajar menjalankan aktiviti di makmal terbabit.Tabung uji yang mengandungi 2.5 liter asid nitrik mengalami keretakan dan sedikit bahan itu tertumpah.Pasukan Hazmat ke lokasi untuk meneutralkan kawasan makmal bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. Faktor yang mempengaruhi strategi mengurus bilik pembelajaran 1. FAKTOR BILIK DARJAH Fizikal bilik darjah ini menitikberatkan penyusunan bilik darjah. Penyusunan bilik darjah amat penting dalam situasi pembelajaran pelajar, keadaan in dapat menggalakkan atau menghalang sesuatu pembelajaran. Pengurusan bilik darjah memerlukan rutin bilik darjah. Tujuan rutin bilik darjah adalah untuk menimbulka