KEPIMPINAN BERKESAN DALAM ORGANISASI SEKOLAH
MOHAMAD HASAN (dua dari kanan) bersalaman dengan alumni dalam Majlis Temu Mesra Alumni Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah di Seremban, Negeri Sembilan, kelmarin. Utusan/ASWAD YAHYA
DEFINISI KEPIMPINAN DAN ORGANISASI
1. KEPIMPINAN
Kepemimpinan adalah seni untuk mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing orang, mempengaruhi & membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu mempunyai cara dan seni sendiri. Seterusnya, organisasi bermaksud keupayaan memimpin melalui teladan (Dewan Bahasa).
2. ORGANISASI
A)Gaya kepimpinan autokratik
KESIMPULAN
Kesimpulannya, daripada perbincangan diatas kepimpinan adalah proses dimana seseorang individu itu mempengaruhi anggorta-anggota lain dalam kumpulannya kearah mencapai tujuan dan matlamat kumpulan itu. Dalam erti kata lain, kepimpinan ialah proses yang sangat berkaitan dengan pengaruh dimana seseorang itu berjaya mempengaruhi mereka yang dipimpin supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka. Tegasnya, pemimpin memimpin dan dipimpin. Kepimpinan ialah tenaga penting di sebalik kejayaan dalam organisasi dan organisasi tidak boleh mencapai kejayaan tanpa kepimpinan yang berkesan.
MOHAMAD HASAN (dua dari kanan) bersalaman dengan alumni dalam Majlis Temu Mesra Alumni Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah di Seremban, Negeri Sembilan, kelmarin. Utusan/ASWAD YAHYA
- Kejayaan sesebuah sekolah dalam bidang akademik dan kokuriklum sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan tidak akan berjaya sekiranya tiada kepemimpinan yang berkesan di peringkat pengurusan.
- Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, menerusi kepimpinan yang berkesan di peringkat sekolah, apa jua usaha yang dilakukan boleh dicapai dan mendapat sokongan dari semua pihak
- “Pastikan sesebuah sekolah itu diurustadbir dengan baik. Caranya tidak lain tidak bukan menerusi kepemimpinan atau ketua organisasi yang baik serta berkesan oleh pengetua atau guru besar.
- “Saya yakin bahawa jika ia dapat dilakukan secara berterusan ia akan menjadi ikutan sehingga diperingkat bawahan,” katanya dalam Majlis Temu Mesra Alumni Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah (STAD) semalam.
- Yang turut hadir Pengetua Cemerlang sekolah berkenaan, Md. Fiah Md. Jamin; Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Pelajar STAD, Hamdan Othman dan YDP Alumni STAD, Prof. Datuk Dr. Sufian Azirun.
- Ketika berucap dalam majlis itu, Mohamad juga mahu supaya bekas pelajar sekolah yang kini berjaya dalam bidang masing-masing agar turut bersama-sama menabur bakti di sekolah masing-masing.
- Jelasnya, ia sebagai tanda menghargai pengorbanan warga pendidik dan institusi pendidikan awal yang berjasa sehingga mereka menjawat jawatan tertinggi dalam pelbagai bidang.
- “Baliklah ke sekolah dan curahkan kembali jasa kita kepada sekolah yang selama ini banyak mendidik kita untuk menjadi insan berjaya.
- “Saya juga mahu melihat supaya walaupun kita menyumbang kepada pihak sekolah, pada masa sama pihak sekolah juga perlu memainkan peranan dalam melonjakkan pencapaian mereka dalam pelbagai bidang,” katanya.
DEFINISI KEPIMPINAN DAN ORGANISASI
1. KEPIMPINAN
Kepemimpinan adalah seni untuk mempengaruhi tingkah laku manusia, kemampuan untuk membimbing orang, mempengaruhi & membimbing seseorang demi mencapai tujuan-tujuan tertentu mempunyai cara dan seni sendiri. Seterusnya, organisasi bermaksud keupayaan memimpin melalui teladan (Dewan Bahasa).
2. ORGANISASI
Organisasi yang baik mempunyai orentasi visi dan misi ke depan. Organisasi sekolah membantu pengurusan untuk mencipta sebuah keadaan yang efektif di sekolah, disamping sistem di sekolah lebih tersusun untuk mewujudkan suasana kondusif. Organisasi dan kepimpinan di sekolah melibatkan pengetua, penolong kanan, penolong kanan hal ehwal murid, penolong kanan kokurikulum, guru bimbingan dan kaunseling, guru kelas, guru serta murid.
A)Gaya kepimpinan autokratik
Gaya kepimpinan jenis autokratik adalah lebih mengutamakan kepada kehendak kerja & menyelesaikan tugas. Pemimpin jenis ini akan menggesa orang bawahannya untuk menyempurnakan tugasan mengikut arahan yang dia telah berikan. Tiada hubungan atau komunikasi yang mesra terjalin antara pemimpin dengan orang bawahan kerana perbincangan hanya menumpukan terhadap tugasan yang diberikan. Apabila perbincangan, kebanyakan pendapat orang lain tidak diterima dan dia hanya inginkan pendapatnya sahaja diterima. Pemimpin jenis ini biasanya suka mengongkong, pemarah, tegas & sombong namun hasil tugasannya lebih teliti dan sempurna.
B) Gaya kepimpinan demokratik
Gaya kepimpinan demokratik adalah gaya yang paling berkesan daripada gaya kepimpinan yang lain. Kepimpinan jenis ini bersifat lebih terbuka dan amat disenangi oleh orang di bawah pimpinannya. Apabila membuat perbincangan, pemimpin akan mengajak ahli-ahli lain dan mendengar setiap idea dan pendapat daripada mereka. Pemimpin mampu menerima kritikan dan pendapat daripada orang bawahan dengan hati yang terbuka. Dia akan berusaha memperbaiki kelemahan diri agar disenangi orang bawahan. Pemimpin lebih bersikap matang dan hubungan dengan orang di bawah pimpinannya adalah rapat kerana pemimpin ini mementingkan hubungan sesama ahli.
C) Gaya kepimpinan kontegensi
Kaedah kepimpinan kontigensi memusatkan perhatiannya pada hukum situasi (Law of The Situation). Presthus dan Marry Parker menyatakan bahawa teori kontigensi kepimpinan adalah di mana gaya kepimpinan adalah berdasarkan situasi. Situasi berbeza ditangani dengan gaya kepimpinan yang tersendiri. Penerapan gaya kepimpinan yang bervariasi dalam menghadapi pelbagai situasi akan menjadikan kepimpinan lebih efektif. Contoh situasi berbeza: struktur organisasi, kedudukan, tempat dan waktu, kelompok kerja.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, daripada perbincangan diatas kepimpinan adalah proses dimana seseorang individu itu mempengaruhi anggorta-anggota lain dalam kumpulannya kearah mencapai tujuan dan matlamat kumpulan itu. Dalam erti kata lain, kepimpinan ialah proses yang sangat berkaitan dengan pengaruh dimana seseorang itu berjaya mempengaruhi mereka yang dipimpin supaya mengubah sikap dan tingkah laku mereka. Tegasnya, pemimpin memimpin dan dipimpin. Kepimpinan ialah tenaga penting di sebalik kejayaan dalam organisasi dan organisasi tidak boleh mencapai kejayaan tanpa kepimpinan yang berkesan.
Comments
Post a Comment