Skip to main content

TOPIK 4 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA

HUBUNGAN ETNIK NEGARA LEMAH KERANA SEKOLAH PELBAGAI ALIRAN


PENGENALAN




  •  Aspek perpaduan dan hubungan etnik di negara masih berada pada tahap kurang memuaskan kesan daripada sistem pendidikan pelbagai aliran yang wujud dalam negara.
  • Profesor Bahasa Melayu yang juga Felo Utama Institut Kajian Etnik Kebangsaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seng, berkata ini kerana banyak perkara membabitkan hak dan keistimewaan orang Melayu yang menjadi asas perlembagaan dipertikaikan golongan muda dalam kalangan etnik lain.
  • Katanya, perkara itu berlaku adalah disebabkan sistem pendidikan yang diterima mereka kerana wujud sekolah pelbagai aliran dalam negara yang membenarkan pengasingan etnik pada usia yang cukup muda.
  • "Hubungan etnik kini menjadi cabaran dan ia datang dari golongan muda, khususnya etnik muda bukan Melayu yang seringkali mempertikai adat Melayu dan enggan terima adat Melayu sebagai sebahagian daripada perkara penting pembangunan nasional.


Sistem Sekolah Pelbagai Aliran Halang Capai Perpaduan Di Malaysia, kata PM




  • Perpaduan di kalangan kumpulan etnik di Malaysia sukar dicapai kerana sistem sekolah pelbagai aliran di negara itu membolehkan sekolah-sekolah berkenaan menggunakan bahasa ibunda etnik dan bukannya bahasa kebangsaan sebagai medium pengajarannya
  • Walaupun Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan Malaysia, Perlembagaan Persekutuan membenarkan sekolah-sekolah vernakular menggunakan bahasa Mandarin dan bahasa Tamil masing-masing untuk masyarakat etnik Cina dan India selain sekolah-sekolah kebangsaan menggunakan bahasa Melayu.
  • Kita tidak mahu menafikan hak mereka untuk belajar menggunakan bahasa ibunda mereka tetapi memandangkan kita mempunyai tiga sekolah aliran berlainan, adalah sukar bagi negara kita mencapai perpaduan

CARA-CARA MENGATASI


  • Dicadangkan sukatan pelajaran yang sama di mana sekolah rendah yang terdiri daripada sekolah-sekolah kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar manakala sekolah-sekolah jenis kebangsaan menggunakan bahasa Cina, bahasa Tamil atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, dengan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dijadikan subjek wajib.
  • Sistem itu dilihat sebagai langkah kompromi selepas masyarakat Cina menolak Laporan Barnes pada 1950, yang mengandungi gesaan supaya ditubuhkan sistem sekolah tunggal berasaskan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
  • kerajaan sememangnya terbuka kepada idea berhubung aliran sekolah tunggal yang menggunakan satu bahasa, sekiranya itu yang orang ramai mahu. 
  • "Kita tidak mampu memansuhkan sekolah vernakular kecuali orang ramai sendiri yang meminta demikian dan mereka bersedia menggunakan hanya satu bahasa,sekiranya itu berlaku, perpaduan negara dapat dicapai dengan mudah" kata Perdana Menteri.
KAMPUS TUNGGAL


  •  Kerajaan merancang untuk menubuhkan lebih banyak sekolah di mana semua pelajar dari tiga aliran bahasa yang berbeza akan ditempatkan di sebuah kampus tunggal di mana mereka boleh bergaul dengan satu sama lain.
  • Oleh itu, terdapat tiga buah sekolah di dalam satu kampus yang menggunakan bahasa ibunda mereka di kelas tetapi untuk aktiviti lain seperti sukan dan perhimpunan pagi, mereka akan bersatu dan menggunakan bahasa Melayu
  • Idea itu dicetuskan Mahathir pada 1997 untuk dilaksanakan di Sekolah Wawasan yang diluluskan oleh kabinetnya pada 1997
  • Sekolah Wawasan pertama mula beroperasi pada 2002 di Subang Jaya, di barat Kuala Lumpur dan kini terdapat 5 Sekolah Wawasan di seluruh Malaysia.
  • Sekolah aliran tunggal adalah baik untuk anak-anak kita kerana mereka akan mula berkawan dari kanak-kanak lagi dan berharap ia berterusan sepanjang hidup mereka



























































Comments

Popular posts from this blog

TOPIK 7 : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN NASIHAT

TAMBAH GURU KAUNSELING DI SEKOLAH PERANAN GURU  KAUNSELING DI SEKOLAH  Bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan. Ia juga merupakan proses yang dirancang dan berterusan. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua penuntut. Setiap penuntut mempunyai peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakangnya dan tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayani keperluan-keperluan penuntut bagi perkembangan potensi-potensi dan kebolehannya. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong penuntut memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih dan merancang hidupnya dengan berkesan. Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahan-kelemahannya dan memberi fokus kepada kekuatan-kekuatannya. Bimbingan dan kaunseling adalah pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal penuntut. Ini bermakna kesepaduan di antara perasaan, sikap, akal dan rohani. ...

TOPIK 11 : PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

ASID NITRIK TUMPAH DI MAKMAL SEKOLAH  Tabung uji yang mengandungi bahan kimia asid nitrik di makmal Sekolah Menengah Islam IQKL, Pinggir Taman Tun Dr Ismail, di sini, mengalami keretakan dan berlaku tumpahan, tengah hari tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, kejadian berlaku ketika pelajar menjalankan aktiviti di makmal terbabit.Tabung uji yang mengandungi 2.5 liter asid nitrik mengalami keretakan dan sedikit bahan itu tertumpah.Pasukan Hazmat ke lokasi untuk meneutralkan kawasan makmal bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. Faktor yang mempengaruhi strategi mengurus bilik pembelajaran 1. FAKTOR BILIK DARJAH Fizikal bilik darjah ini menitikberatkan penyusunan bilik darjah. Penyusunan bilik darjah amat penting dalam situasi pembelajaran pelajar, keadaan in dapat menggalakkan atau menghalang sesuatu pembelajaran. Pengurusan bilik darjah memerlukan rutin bilik darjah. Tujuan rutin bilik darjah adalah untuk menimb...

TOPIK 10 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

KPM AKAN TAMBAH GURU PENDIDIKAN KHAS                          Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Yasmin Hussain melihat adik Muhammad Afiq Darwish Mohd Adnan yang cacat penglihatan mengendalikan mesin braille semasa melakukan lawatan sempena 'Penanda Aras Pelaksanaan Zero Reject Policy' bagi murid berkeperluan khas 2019 di SMK Putrajaya Presint 18(1). Turut sama Pengetua SMK Presint 18 (1), Datin Haliza Hussin  Kementerian Pendidikan akan menambah bilangan guru pendidikan khas di sekolah-sekolah yang terlibat bagi memenuhi keperluan pelaksanaan 'Zero Reject Policy' untuk murid berkeperluan khas. Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Datuk Dr Yasmin Hussain berkata kementerian akan mengenal pasti guru-guru berkelayakan dalam masa tiga bulan untuk menempatkan mereka di sekolah-sekolah yang berkenaan. Zero Reject Policy dilaksanakan bagi memastikan murid be...