Skip to main content

TOPIK 5 : PENGURUSAN DISIPLIN

KO-KURIKULUM BENTUK DISIPLIN PELAJAR


Konsep Kokurikulum


  • Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatka  diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengelaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.
Matlamat Kokurikulum

  • Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Antara matlamat yang hendak dicapai ialah seperti berikut:
1. Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan  kepada Tuhan.
2. Menyimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid.
3. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah dan di antara sekolah.


Pengurusan kokurikulum di sekolah

Dalam mengurus aktiviti kokurikulum di sekolah, Pengetua/Guru Besar sebagai penolong pendaftar hendaklah menubuhkan organisasi pengurusan kokurikulum sekolah bagi membantu beliau memantau,menilai,memperbaiki,mencemerlangan aktiviti kokurikulum sekolah.

Beberapa perkara perlu diambilkira semasa membentuk organisasi ini agar ia dapat memberikan faedah kepada pelajar dan sekolah.

  • Fungsi dan tanggungjawab setiap ahli
  • Kekerapan mengadakan mesyuarat
  • Pembentukan jawatankuasa kecil
  • Pelaporan berkala
  • Dokumentasi
Punca- punca disiplin pelajar

  •   Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibubapa era globalisasi ini. Ibubapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan masalah disiplin menjadi-jadi.
  •   Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu akan turut merosot dengan drastiknya.

Kokurikulum bentuk disiplin pelajar



  • JABATAN Pendidikan Negeri Pulau Pinang mahu pihak sekolah dan ibu bapa bekerjasama dalam usaha membentuk sahsiah pelajar supaya lebih berdisiplin dan bertanggungjawab serta menjadi kebanggaan keluarga dalam akademik dan ko-kurikulum.
  • Pengarah Pendidikan negeri Shaari Osman berkata, pihaknya memandang serius masalah disiplin dalam kalangan pelajar dan kerjasama dua pihak adalah landasan terbaik membentuk keyakinan diri mereka melalui pembabitan aktiviti ko-kurikulum.
  • Beliau berkata, tumpuan utama bukan sahaja terletak pada bidang akademik semata-mata malah aktiviti ko-kurikulum adalah jalan terbaik pembentukan pelajar agar lebih berdisiplin, bertanggungjawab dan mampu membuat keputusan terbaik dalam menjana hala tuju masa depan.
Cara-cara menangani
  • Kita percaya pembentukan jati diri 250,000 pelajar di negeri ini mampu dilakukan dengan adanya kerjasama ini selain pembabitan pelajar dalam pasukan beruniform antara langkah terbaik pembentukan disiplin pelajar sebagai langkah awal.
  • Ibu bapa dan guru perlu bergandingan bahu serta mengambil sikap ambil tahu pelajar baik di sekolah mahupun di rumah bagi mengelak mereka merasa terbiar atau tersisih malah pemberian atau pengiktirafan seperti hadiah dilihat satu langkah terbaik supaya mereka belajar dengan lebih bersungguh-sungguh
  • Tiada sebab untuk mana-mana pihak menuding jari antara satu sama lain sekiranya kerjasama itu tidak dilaksanakan, malah pihaknya turut menetapkan penunjuk prestasi utama (KPI) di semua sekolah dalam usaha menarik lebih ramai ibu bapa ke sekolah.
  • Penetapan itu bagi memastikan ibu bapa dan guru mampu memberi kerjasama baik sewaktu menghantar anak sekolah malah menghadiri mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Hari Kecemerlangan Sukan dan Pelajar dan lain-lain.
  • Pengiktirafan kepada pelajar melalui hadiah atau anugerah diberikan guru dan sekolah adalah langkah bijak menjadikan pelajar lebih berdisiplin dan bertanggungjawab daripada mengenakan tindakan denda yang seringkali disalahertikan ibu bapa

Comments

Popular posts from this blog

TOPIK 7 : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN NASIHAT

TAMBAH GURU KAUNSELING DI SEKOLAH PERANAN GURU  KAUNSELING DI SEKOLAH  Bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan. Ia juga merupakan proses yang dirancang dan berterusan. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua penuntut. Setiap penuntut mempunyai peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakangnya dan tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayani keperluan-keperluan penuntut bagi perkembangan potensi-potensi dan kebolehannya. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong penuntut memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih dan merancang hidupnya dengan berkesan. Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahan-kelemahannya dan memberi fokus kepada kekuatan-kekuatannya. Bimbingan dan kaunseling adalah pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal penuntut. Ini bermakna kesepaduan di antara perasaan, sikap, akal dan rohani. ...

TOPIK 11 : PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

ASID NITRIK TUMPAH DI MAKMAL SEKOLAH  Tabung uji yang mengandungi bahan kimia asid nitrik di makmal Sekolah Menengah Islam IQKL, Pinggir Taman Tun Dr Ismail, di sini, mengalami keretakan dan berlaku tumpahan, tengah hari tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, kejadian berlaku ketika pelajar menjalankan aktiviti di makmal terbabit.Tabung uji yang mengandungi 2.5 liter asid nitrik mengalami keretakan dan sedikit bahan itu tertumpah.Pasukan Hazmat ke lokasi untuk meneutralkan kawasan makmal bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. Faktor yang mempengaruhi strategi mengurus bilik pembelajaran 1. FAKTOR BILIK DARJAH Fizikal bilik darjah ini menitikberatkan penyusunan bilik darjah. Penyusunan bilik darjah amat penting dalam situasi pembelajaran pelajar, keadaan in dapat menggalakkan atau menghalang sesuatu pembelajaran. Pengurusan bilik darjah memerlukan rutin bilik darjah. Tujuan rutin bilik darjah adalah untuk menimb...

TOPIK 10 : PENGURUSAN PELBAGAI UPAYA

KPM AKAN TAMBAH GURU PENDIDIKAN KHAS                          Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Yasmin Hussain melihat adik Muhammad Afiq Darwish Mohd Adnan yang cacat penglihatan mengendalikan mesin braille semasa melakukan lawatan sempena 'Penanda Aras Pelaksanaan Zero Reject Policy' bagi murid berkeperluan khas 2019 di SMK Putrajaya Presint 18(1). Turut sama Pengetua SMK Presint 18 (1), Datin Haliza Hussin  Kementerian Pendidikan akan menambah bilangan guru pendidikan khas di sekolah-sekolah yang terlibat bagi memenuhi keperluan pelaksanaan 'Zero Reject Policy' untuk murid berkeperluan khas. Pengarah Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Datuk Dr Yasmin Hussain berkata kementerian akan mengenal pasti guru-guru berkelayakan dalam masa tiga bulan untuk menempatkan mereka di sekolah-sekolah yang berkenaan. Zero Reject Policy dilaksanakan bagi memastikan murid be...