Skip to main content

TOPIK 8 : PENGURUSAN DAN PENCEGAHAN DADAH

PENGENALAN
Image result for dadah
  •  Penglibatan pelajar dalam kes penyalahgunaan dadah merupakan satu perkara yang perlu dipandang serius.
  • Ketua Unit Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Yan, Mohamad Farid Mohd Noor berkata, pada 2018 sebanyak tiga hingga empat peratus pelajar sekitar daerah ini terlibat dengan gejala dadah.
  • Katanya, pihaknya telah menjalankan program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) dalam kalangan pelajar.            



DADAH
           Image result for dadah Related image
  • Dadah bukanlah perkara baru dalam kehidupan seharian manusia kerana penggunaannya telah dikesan sejak berabad-abad yang lalu meskipun tarikh sebenar tidak dapat diketahui. 
  • Mengikut sumber sejarah, dadah dikaitkan dengan alam fantasi oleh masyarakat zaman dahulu kala yang menganggapnya sebagai pembalut penderitaan dan sumber keseronokan.
  • yang menganggapnya sebagai pembalut penderitaan dan sumber keseronokan. Penagihan candu di kalangan buruh Cina menyebabkan kemasukan bahan berbahaya itu menjadi tidak terkawal di Tanah Melayu sehingga memaksa kerajaan Inggeris mengawal kemasukan dan penjualan candu pada tahun 1910.
  • Selepas perang dunia kedua, kerajaan Inggeris terpaksa mengharamkan sama sekali penjualan dan pengedaran candu kerana ia mula menjadi masalah serius di kalangan penduduk Tanah Melayu.


PUNCA PENGLIBATAN DADAH DI KALANGAN PELAJAR


1. FAKTOR INDIVIDU

Image result for smoking Image result for vaping
  •  Sikap individu memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan individu tersebut. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Hassan (1993) yang menyebut bahawa sikap adalah perkara-perkara yang dipelajari dan diperolehi yang mana alam sekitar sosial banyak memainkan peranan.
  •  Cara berfikir dan gaya hidup yang tidak sihat akan menjurus kepada penyalahgunaan dadah.
  • Pelajar yang gemar merokok walaupun menyedari bahawa merokok boleh membawa kepada penyalahgunaan dadah. Amalan merokok boleh membawa kepada penyalahgunaan dadah apabila ia menjadi satu ketagihan.
  •  amalan merokok dan mengambil minuman yang memabukkan mempunyai perkaitan yang jelas ke arah penagihan dadah.  
2. FAKTOR TEKANAN


                                    Related image 
  •  Pelajar menggunakan dadah untuk mengurangkan tekanan masalah. 
  • Sesetengah individu menyalahgunakan dadah dengan dengan tujuan mengelakkan atau untuk mengurangkan tekanan. 
  •  Pelajar merasakan bahawa penggunaan dadah mampu membantu mereka mengurangkan sebarang tekanan yang dihadapi tanpa menyedari bahawa amalan ini akan menyebabkan ketagihan kepada mereka. Tekanan akan dirasai semula apabila tidak lagi berada di bawah pengaruh dadah. 

3. FAKTOR PENGARUH RAKAN SEBAYA

Image result for peer pressure Image result for peer pressure
  •  Rakan sebaya memainkan peranan yang penting dalam hidup seseorang remaja.
  •  Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Saodah Siraj (2000) mendapati bahawa pengaruh rakan sebaya yang mempunyai kaitan dengan masalah tingkah laku. 
  • Apabila seseorang itu mula melibatkan diri dengan rakan sebaya yang menggunakan dadah akan wujud daya tarikan untuk mereka juga melibatkan diri dalam penyalahgunaan dadah. Pelajar akan mula terpengaruh apabila rakan mereka sering mempelawa mereka untuk menggunakan dadah.  


CARA-CARA MENANGANI PENGLIBATAN DADAH


Related image Related image

  •  Disebabkan pelajar sekolah merupakan individu bawah umur dan tertakluk di bawah Akta Kanak-Kanak (Pindaan) 2016, mereka yang disahkan mengalami ketagihan dadah tidak boleh ditempatkan di pusat pemulihan bersama-sama pesalah dewasa.
  • Jika tidak diberikan rawatan, kemungkinan besar mereka sukar untuk dipulihkan daripada ketagihan.
  • Oleh itu, sudah tiba masanya AADK dan JKM bekerjasama untuk mewujudkan pusat rawatan pemulihan khas kepada pesalah bawah umur yang mempunyai peranan sama seperti pusat pemulihan lain yang ada di negara ini.
  •  Golongan ibu bapa harus sentiasa memantau pergerakan anak-anak mereka dan mengambil tahu setiap aktiviti yang dilakukan agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti tidak sihat termasuklah penyalahgunaan dadah.
  • Selain itu, anggota masyarakat juga harus lebih aktif dengan menyalurkan segala maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah sama ada berkaitan individu yang memasarkannya ataupun lokasi ia dipasarkan.












Comments

Popular posts from this blog

TOPIK 7 : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN NASIHAT

TAMBAH GURU KAUNSELING DI SEKOLAH PERANAN GURU  KAUNSELING DI SEKOLAH  Bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan. Ia juga merupakan proses yang dirancang dan berterusan. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk semua penuntut. Setiap penuntut mempunyai peluang bagi mendapat pertolongan tanpa mengira latar belakangnya dan tanpa mengira kaum, agama atau kepercayaan. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk melayani keperluan-keperluan penuntut bagi perkembangan potensi-potensi dan kebolehannya. Bimbingan dan kaunseling adalah untuk menolong penuntut memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan-tujuan hidupnya dan menolong memilih dan merancang hidupnya dengan berkesan. Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahan-kelemahannya dan memberi fokus kepada kekuatan-kekuatannya. Bimbingan dan kaunseling adalah pengetahuan dan kesepaduan psikofizikal penuntut. Ini bermakna kesepaduan di antara perasaan, sikap, akal dan rohani. MENA

TOPIK 11 : PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

ASID NITRIK TUMPAH DI MAKMAL SEKOLAH  Tabung uji yang mengandungi bahan kimia asid nitrik di makmal Sekolah Menengah Islam IQKL, Pinggir Taman Tun Dr Ismail, di sini, mengalami keretakan dan berlaku tumpahan, tengah hari tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, kejadian berlaku ketika pelajar menjalankan aktiviti di makmal terbabit.Tabung uji yang mengandungi 2.5 liter asid nitrik mengalami keretakan dan sedikit bahan itu tertumpah.Pasukan Hazmat ke lokasi untuk meneutralkan kawasan makmal bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. Faktor yang mempengaruhi strategi mengurus bilik pembelajaran 1. FAKTOR BILIK DARJAH Fizikal bilik darjah ini menitikberatkan penyusunan bilik darjah. Penyusunan bilik darjah amat penting dalam situasi pembelajaran pelajar, keadaan in dapat menggalakkan atau menghalang sesuatu pembelajaran. Pengurusan bilik darjah memerlukan rutin bilik darjah. Tujuan rutin bilik darjah adalah untuk menimbulka