WATAK DALAM KELAS Watak yang saya pilih dalam kelas merupakan seorang perempuan yang bernama Audry Anak Masan. Saya dengan Audry telah lama berkenal antara satu sama lain sejak semester 1. Pertama kali saya bertemu dengan Audry, dia merupakan seoarang yang sentiasa ceria dan suka berlawak dengan saya. Sejak hari pertama saya kenal Audry, kami telah mewujudkan hubungan yang rapat dengan begitu cepat sekali. Audry mengambil kos ISMP SEJARAH dan sekarang berada di semester 2. Saya berasal dari sabah manakala Audry pula berasal dari sarawak dan ini membenarkan kami berkomunikasi antara satu sama lain dengan senang dan lancar. Umur kami juga tidak begitu jauh di mana Audry lahir pada tahun 1998 dan saya lahir pada tahun 1999 tetapi sepanjang saya meluangkan masa dengan Audry, saya berasa dia lebih muda dari saya kerana dia sentiasa riang dan ceria sepanjang masa seperti kanak-kanak. Sebelum saya berkenal dengan Audry, saya menganggap dia
KEPIMPINAN BERKESAN DALAM ORGANISASI SEKOLAH MOHAMAD HASAN (dua dari kanan) bersalaman dengan alumni dalam Majlis Temu Mesra Alumni Sekolah Menengah Tunku Ampuan Durah di Seremban, Negeri Sembilan, kelmarin. Utusan/ASWAD YAHYA Kejayaan sesebuah sekolah dalam bidang akademik dan kokuriklum sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan tidak akan berjaya sekiranya tiada kepemimpinan yang berkesan di peringkat pengurusan. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menjelaskan, menerusi kepimpinan yang berkesan di peringkat sekolah, apa jua usaha yang dilakukan boleh dicapai dan mendapat sokongan dari semua pihak “Pastikan sesebuah sekolah itu diurustadbir dengan baik. Caranya tidak lain tidak bukan menerusi kepemimpinan atau ketua organisasi yang baik serta berkesan oleh pengetua atau guru besar. “Saya yakin bahawa jika ia dapat dilakukan secara berterusan ia akan menjadi ikutan sehingga diperingkat bawahan,” katanya dalam Majlis Temu Mesra Alumni Sekolah Menengah Tunku Ampuan D