WATAK DALAM KELAS Watak yang saya pilih dalam kelas merupakan seorang perempuan yang bernama Audry Anak Masan. Saya dengan Audry telah lama berkenal antara satu sama lain sejak semester 1. Pertama kali saya bertemu dengan Audry, dia merupakan seoarang yang sentiasa ceria dan suka berlawak dengan saya. Sejak hari pertama saya kenal Audry, kami telah mewujudkan hubungan yang rapat dengan begitu cepat sekali. Audry mengambil kos ISMP SEJARAH dan sekarang berada di semester 2. Saya berasal dari sabah manakala Audry pula berasal dari sarawak dan ini membenarkan kami berkomunikasi antara satu sama lain dengan senang dan lancar. Umur kami juga tidak begitu jauh di mana Audry lahir pada tahun 1998 dan saya lahir pada tahun 1999 tetapi sepanjang saya meluangkan masa dengan Audry, saya berasa dia lebih muda dari saya kerana dia sentiasa riang dan ceria sepanjang masa seperti kanak-kanak. Sebelum saya berkenal dengan Audry, saya menganggap dia